Mari baca 6 Petua Menghilangkan Batuk Degil. Hah, semua sihat ke kurang sihat macam saya? Lama rasanya tak demam teruk macam ni. Dari minggu lepas sampai ke minggu ni masih lagi batuk-batuk, badan panas on off tapi bila nak pergi klinik tiba-tiba panas kurang pulak.
Mencabar iman juga. Dah macam-macam ubat saya cuba ni tapi nampaknya masih belum nak nampak ada ciri-ciri nak sembuh batuk degil ni. huhuhu. Sampai tahap cari petua hilangkan batuk degil ni ok. Punyalah semangat nak baik. Mestilah nak baik kan?
Baiklah, ini antara petua yang saya dapat dan saya fikir ada kelogikkannya juga dan tak rugi kalau nak cuba. Kemain ayat logik tu. hahaha!! Kita usahalah kan, mana tahu serasi. Kalau ada pembaca blog saya ni yang batuk-batuk, bolehlah sama-sama cuba petua ni.
6 Petua Menghilangkan Batuk Degil
1- Mandi air suam. Hmm, yang ini saya kurang pasti sebenarnya sebab memang dari dulu saya confuse mana 1 yang elok? Bila demam mandi air sejuk atau mandi air suam yang lagi elok? Tapi, mengikut sumber yang saya baca katanya air suam elok untuk bantuk keringkan saluran tekak. Apakah? -..-
2- Limau dan kayu manis – Rendam satu atau dua batang kayu manis dalam secawan jus limau. Vitamin C yang diambil akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan melalui gabungan kayu manis dan limau juga akan menghalang pengeluaran lendir/mukus yang berlebihan. Katanya. Nanti saya cuba!
3- Teh panas dengan limau dan madu – Petua yang ini saya pernah dengar tapi belum pernah cuba sebab madu dekat rumah asyik habis je. hahahaha ok tak alasan? Mengikut sumber, teh memberi kesan yang menyenangkan dan madu pula menjadi perangkap dan penyadur dalam tekak bagi menghentikan batuk.
4- Pati epal cuka – Betul ke ni? Cuka tu bagus ya? Bukan ke cuka tak elok? Tapi, saya nak cuba since dekat rumah pun ada 1 botol cuka epal yang berdiri megah dalam botol. hehehe! Caranya, campurkan air dengan beberapa sudu teh Pati Epal Cuka (Apple Cider Vinegar) ini mampu mengurangkan radang di dalam tekak dan sistem pernafasan.
5- Susu panas dan madu – Minum susu saya selalu buat tapi masukkan madu dalam susu tak pernah pulak saya buat. Kalau amalkan campuran habbatus sauda dalam susu biasalah saya buat. Tapi, sebab caranya senang bolehlah cuba. Masuk madu ke dalam segelas susu yang panas dan kacau. Minum perlahan-lahan dan amalkan selalu sebelum tidur. Ini akan membantu menghentikan batuk serta membantu anda tidur dengan lena. Meminum susu sebelum tidur sangat baik diamalkan bagi mendapatkan kualiti tidur yang cukup.
6- Peppermint dan halia – Kunyah peppermint dan halia tapi tidak semestinya serentak. Kunyah gula-gula yang mengandungi peppermint atau halia yang telah dibuang kulit akan membantu menghentikan ransangan sistem badan untuk batuk. Wah, yang ini sumpah tak pernah dengar. Kunyah peppermint senang je tapi halia tu erk erk boleh ke? huhuhuhu
Ada sesetengah petua hilangkan batuk degil ni macam payah sikit saya nak buat macam yang no 6 tu. hahahaha tapi rasanya mungkin akan bua juga sebab tak tahan betul. Batuk sampai naik loya anak tekak kadang-kadang. Demam tu taklah sangat, boleh tahan lagi tapi bila batuk degil macam ni tak tahanlah. Semoga pembaca blog ni semua sihat-sihat.
sumber dari : http://www.lizarazak.com/2013/03/6-petua-menghilangkan-batuk-degil/
No comments:
Post a Comment