Tuesday, 22 October 2013

Penawar saraf

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dengan perkataan ini tiada siapa yang faham kecuali sesetengah orang yang prihatin sahaja mengambil tahu dan mengerti maksud ini.Apa itu jeritan saraf ? pentingkah penjagaannya? adakah ini terjadi? mengarut sahaja? pertanyaan-pertanyaan yang sering berlegar di fikiran ketika membaca artikel ini.Jawapannya terpulang kepada individu untuk mentafsirnya namun di sini bila kita meneliti ia akan menjadi satu isu yang amat penting dalam kehidupan kita.

Percayakah anda bahawa saraf-saraf,sistem peredaran darah didalam badan seseorang semuanya mempunyai tugas terpenting dan disini bermaksud mereka semua berperasaan sepertimana tuan tubuhnya.Cuba kita renungkan apabila kita terlalu agresif menjalankan perihal kehidupan kita seharian sehingga kita terlupa keperluan tubuh kita yang disangka tidak berakal dan berperasaan.Sesiapa yang berfikiran ini mereka adalah salah sama sekali dan ia tergolong dalam orang yang leka dan lalai.Saraf juga adalah organ yang terlalu penting untuk kita menjaganya kerana ia terlalu halus seperti sehelai rambut.Cuma keadaan,situasi dan tugasnya tersembunyi disebalik tubuh yang gah bertutupi dengan ketampanan dan kecantikan luaran.

Jeritannya memang tidak didengari namun ia akan datang bila ia longlai dan disitu bermacam akan terjadi.Semasa itu janganlah kita mengeluh selepas ia mengeluh dan bosan dengan sikap ego kita.Saraf mengandungi berbagai sifat ia juga perlukan perhatian kerana ia banyak memberi jasa ketika kita memerlukannya.Kesannya terlalu mendalam ketika ia menyerang ke organ kita dan ketika itu kita akan merintih pula seperti mana ketika dahulu ia merintih dan meminta tolong untuk meluangkan masa menenangkan kerengangannya.


Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Alahan adalah penyakit yang berpunca dari peredaran darah yang tersumbat dari liang-liang saraf utama didalam badan.Ia boleh dikatakan berlaku akibat kecuaian seseorang mengendalikan faktor kehidupan yang terlalu terbuka tanpa berhati-hati dalam aspek kepentingan antibodi.Tanpa pengetahuan tentang aspek kesihatan ia boleh mendatangkan kemudaratan yang membahayakan di sistem-sistem penting dalam organ manusia.

Penyakit alahan ini boleh dikategorikan sebagai penyakit “Diam-diam ubi berisi” kerana sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera ia akan memakan sel-sel baik dalam badan sehingga boleh membuatkan seseorang menghidap kanser.Selalunya penyakit yang berpunca dari alahan nampak seperti remeh di kehidupan seharian namun ia boleh membawa maut sekiranya tidak bersungguh-sungguh merawatnya.Dari apa yang di lihat alahan ini banyak mengganggu dibahagian-bahagian penting salah satunya di sistem pernafasan.Dari kajian alahan yang perlu dikawal dalam peringkat awal seperti
-Resdung
-Gout
-kulat

No comments:

Post a Comment