Apa itu akupunktur?
Akupunktur merupakan perubatan kuno Cina yang telah diamalkan sejak 4000 tahun dahulu dan masih diteruskan sehingga kini. Akupunktur berasal dari perkataan Latin iaitu acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk. Ianya melibatkan penggunaan jarum-jarum halus yang dicucuk di titik-titik tertentu di anggota-anggota badan tertentu yang dipanggil 'acupuncture point'.
Bangsa China merupakan bangsa pertama yang merekodkan perubatan akupunktur apabila Maharaja China telah menulis secara lengkap di dalam bukunya bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" yang dikarang pada tahun 2000 sebelum masihi.
Ciri-ciri Akupunktur
Rawatan akupunktur pada zaman dahulu menggunakan jarum akupunktur yang diperbuat daripada batu-batu, tulang, kayu dan buluh dan masyarakat China kuno menekan dan menusuknya pada bahagian-bahagian tertentu.
Jarum emas yang digunakan pada zaman Dinasti Han (dari 206 B.C. hingga 220 A.D.) |
Replika 9 jarum kuno yang diperbuat daripada tulang pada zaman Dinasti Han (dari 206 B.C. hingga 220 A.D.) |
Jarum diperbuat daripada batu dan tulang (10,000 - 4,000 tahun dahulu) |
Jarum akupunktur yang halus
sumber dari : http://naktakberhentimerokok.blogspot.com/2012/03/apa-itu-akupunktur.html
|
No comments:
Post a Comment