Pesanan dan ingatan buat kita semua dari Dr. Maszlee Malik ~
Oleh kerana para mufti dan ustaz-ustaz soal jawab agama tidak bersuara, maka saya ingin berfatwa.
HARAM hukumnya menyebarkan gambar mangsa kecelakaan, kemalangan,
rompakan, dan yg seumpamanya melalui media sosial dan apa jua medium
untuk tatapan umum.
Ia
melibatkan aib, aurat dan juga maruah mangsa. Keluarga mangsa akan
menjadi trauma, terutamanya anak-anak yang masih kecil jika ada.
Keluarga juga akan menanggung malu. Ia melibatkan maruah ramai pihak.
Bagi yg menyebarkan, bayangkan jika anda ataupun ibu, bapa, isteri atau
keluarga anda di tempat mangsa.
Dari sudut etika dan moral ianya juga mencabuli hak peribadi dan maruah mangsa dan keluarga mangsa.
Gambar mangsa hanya dibolehkan digunakan untuk tujuan forensik,
pengecaman identiti ataupun perubatan bagi pihak yang terlibat sahaja
dan buka untuk konsumsi umum.
Bagi yang telah menyebarkan mana-mana gambar sebelum ini, silalah bertaubat dan memohon maaf dari keluarga mangsa.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment