Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cik Jiejah Gorjes melalui entry ni.. persoalan berkaitan masker emas yang semakin fofular di kalangan penggemar kosmetik kecantikan.. Ada baiknya Ustaz Love petik sikit ayat pertanyaan itu :
“Jadi ustad apa kah hukum menggunakan campuran serbuk emas ke dalam produk2 skin care ini haram atau tidak? Sebab apa yg saya terbace mengenai produk2 yang mengandungi emas 24k berbentuk serum berfungsi sebagai anti penuaan. Adakah ini secara tak langsung menyerupai memakai susuk?“
Ustaz Love tak pasti sangat pasal produk ni.. sbb Ustaz Love tak pernah cuba.. kalau tanya kat Ustaz Love, bleh pakai ke tak bedak sejuk, insyaAllah, dengan yakin Ustaz Love akan menjawab takde masalah.. sbb masa kecik2 dulu Ustaz Love suka pakai bedak sejuk.. sbb rasa sejuk je muka.. kihkih
Tapi menurut pandangan Ustaz Love, memakai masker emas ni takde masalah.. sama seperti memakai produk kecantikan lain.. sbb istilah anti penuaan tu sendiri tak dapat dibuktikan secara jelas.. Ustaz Love tengok orang2 sekeliling yang dok pakai produk anti penuaan (produk kosmetik lain) takde la nampak muda pun.. berkedut gak muka bila dah sampai masanya ia berkedut.. Mungkin ianya lebih bersifat melambatkan penuaan kulit (kulit boleh cepat menjadi tua dan berkedut bila terdedah dengan benda2 kimia kat persekitaran.. rasanya la kot). Juga, masker emas ini adalah berbeza dengan botox.. kerana suntikan botox ini menyebabkan penggunanya mengalami perubahan yg drastik (dagu jadi panjang, pipi jadi naik ke atas dsb). Maka suntikan botox ini merupakan satu bentuk tadlis (penipuan) dan pengubahan yang tak dibenarkan syariat.
Jika nak dikaitkan dengan susuk pula, perlu diketahui, bahan susuk itu bukan semata2 emas.. ada juga susuk perak, susuk besi, susuk pocong, susuk keramat… kihkih.. dah masuk pengaruh filem plak.. maksudnya di sini, susuk itu bukan semata2 menggunakan emas.. ada jenis2 susuk lain.. dan punca utama susuk ini diharamkan adalah kerana ia terlibat dengan penggunaan sihir (ada jampi mentera tertentu).. dan ia lebih kepada penggunaan jin, yg menjadikan wajah seseorang itu menjadi cantik.. dan bukanlah disebabkan jarum emas itu sendiri..
Kalau tak caya, cuba cucuk sendiri jarum emas tu dalam kulit.. tengok lepas tu.. makin cantik ke, makin huduh? kihkih.. Jadi, secara asasnya, susuk itu haram disebabkan ada unsur2 sihir di situ.. walaupun umur dah tua, tapi muka masih mcm anak dara.. sebaik susuk itu ditanggalkan, maka wajah berubah jadi bentuk asal yg dah tua..
Berbeza dengan masker emas ini.. ia bukanlah jenis susuk (walaupun ia menggunakan emas 24k), kerana sekalipun ia menyerap ke dalam kulit, dan menjadikan wajah licin dan bersinar (contohnya), namun ia tiada menggunakan perantaraan jin dan sihir melalui jampi mentera. Jadi tidaklah boleh dikaitkan masker emas itu dengan susuk emas.
Lagipun pemakaian masker emas ni bukan sekali seumur hidup (mcm susuk) kan? bermakna ianya sama juga mcm kosmetik lain.. kena selalu buat perawatan tersebut.
Cuma dalam bab bertujuan untuk mencantikkan wajah.. bab itu sebenarnya luas untuk dibincangkan.. sbb kalau pakai bedak sejuk dgn tujuan muka cantik dan bleh mengurat jejaka hensem, maka di situ juga nampak niat tu tak betul.. Namun, jika dipakai masker emas atau apa juga produk kosmetik untuk tujuan melicinkan kulit dan mengelak jerawat (sbb jerawat itu satu penyakit), maka ia diharuskan.
Jadi, kesimpulan yang Ustaz Love dapat buat, memakai masker emas hukumnya adalah harus bagi wanita.. tetapi haram bagi lelaki.. kerana lelaki diharamkan memakai emas (menurut maklumat yg Ustaz Love dapat, masker emas ni menyerap ke dalam kulit). Cuma perlu diperhalusi bab niat pemakaian tersebut.. Kalau pakai untuk suami, memang takde masalah.
sumber dari : http://ustazlove.com/blog/2011/09/soal-jawab-hukum-menggunakan-masker-emas/
No comments:
Post a Comment